About Me

My photo
Keningau, SABAH, Malaysia
Pelaksana dan pembimbing kursus Bahasa Melayu PISMP.

Wednesday, February 25, 2009

LAGI BUKTI BAHASA MELAYU TERPINGGIR


Balik ke rumah dari pejabat waktu petang melalui jalan yang sama tidaklah menjanjikan pemandangan yang indah lagi. Tiada apa yang istimewa di kiri dan kanan jalan. Tetapi petang tadi, ada sesuatu yang menarik perhatian saya. Sebaik-baik sahaja sampai di pintu pagar rumah, terlihat papan tanda baharu yang saya pasti dipasang pada waktu pagi tadi.


Papan tanda amaran tentang bonggol jalan dan ditulis dalam bahasa Inggeris speed bumb ahead. Terfikir saya sejenak, apa perlunya tulisan dalam bahasa Inggeris tersebut, tambahan lagi kebanyakan papan tanda hanya mempamerkan lambang dan imej sahaja.


Sehingga kini saya belum ada jawapan tentang persoalan tadi. Mungkinkah pihak berkuasa tempatan beranggapan bahawa komuniti yang sering menggunakan laluan tersebut lebih faham bahasa Inggeris, atau diarahkan oleh pihak atasan atau sengaja meminggirkan bahasa Melayu yang sememangnya semakin tersisih. Andaian-andaian ini sering menganggu saya dan mengundang pelbagai lagi persoalan... inikah mentaliti masyarakat kita.


Satu kesilapan yang sering dilakukan oleh pihak-pihak yang berwajib. Mungkin kesilapan besar juga sebab papan tanda tersebut letaknya betul-betul di hadapan rumah pensyarah Bahasa Melayu.

Tuesday, February 24, 2009

MERENTAS DESA@JOGGING: PUAS HATI AKU


Setelah beberapa tahun aku menanti acara ni.....2009 barulah muncul kembali .
Awal di garisan permulaan sudah menunjukkan aura juara...sila tumpukan perhatian kepada pelari yang berbaju merah. Saingan sengit dijangka datangnya daripada peserta berbaju putih.

Bersama-sama Puan Pengarah dan pelatih sebaik-baik sahaja menamatkan larian

Tempat ke-4 kategori staf. Kenyanglah aku dengan makanan hamper

Monday, February 16, 2009

MESYUARAT LAGI: KL





Mesyuarat lagi...kali ni kat Regency Hotel KL pula. Minggu lepas dah tertinggal kelas sebab ke Semporna...beratnya aku nak ganti kelas.

Mesyuarat KJ JPM seluruh IPG...dapat juga aku kenal rakan sejawatan dari IPG lain. Mungkin banyak idea yang boleh aku kongsi untuk program JPM nanti.



Sampai lapangan terbang KK dah jumpa ramai kawan dari IPG lain, ada yang bermesyuarat di tempat yang sama dan ada di tempat lain.



Sampai KL dan terus ke hotel jam 6 petang. Merasalah aku duduk bilik single... DG48 lah pula KJ lagi...senang aku bebas bergerak dalam bilik besar ni.



Pertama kali menginap di hotel ini, kat bawah bersepah pasar malam, tak sempat meronda malam pertama. Yang paling BEST, tingkat bilik aku mengadap menara kembar PETRONAS dan Menara KL....apa lagi, aku rakamkan pemandangan menarik untuk koleksi blog.









Menara KL yang betul-betul terpacak depan tingkap bilik aku. Berkali-kali aku ambil gambar...kabur. Inilah yang terbaik daripada 10 keping yang sempat aku ambil.

Boleh tahan juga bilik ni. Kombinasi warna putih dan hitam. Senang aku buat kerja. Dan yang paling penting ada kemudahan internet dan sangat kuat isyaratnya. Tapi tetap guna Broadband aku.


Cantik!!!!!... merasakanlah aku tidur dua katil selama dua malam di hotel ni.

HUJUNG MINGGU YANG SURAM

Hari minggu...peluang aku masak. Makanan yang paling ringkas tetapi memang membangkitkan selera. Kicap lada tu yang paling utama... Kalau kat kedai..mau juga RM8 ni.
Ayam bakar yang menjadi kegemaran aku... tanpa minyak dan bahan-bahan lain. Sihatlah agaknya ni.

Setelah letih membuat kerja-kerja di rumah, aku menjenguk di luar jendela....dah besar rupanya buah betik aku ni.... tak lama lagi merasalah aku.









Sesekali aku keluar di halaman melihat siapakah tetamu aku yang datang. Cantik dan menawan dengan kombinasi warna yang memikat...sempat aku rakam untuk koleksi blog aku.

Friday, February 13, 2009

SEMPORNA: TUGAS VS JEJAK KASIH

Sebelum balik ke pekan Semporna menaiki bot, sempat mengabadikan kenangan di salah sebuah sekolah yang dilawati
Kenangan di salah sebuah sekolah yang dilawati. Sempat juga saya tarik dua murid pemulihan ini

Cikgu Sarina yang menjadi idola dalam kalangan murid-murid pemulihan. Tahniah!

Sebahagian daripada murid pemulihan yang sempat saya temubual. Tiada beza dengan murid normal yang lain, cuma mungkin lambat atau kurang bimbingan di rumah.

Di Pengkalan ini aku turun dari bot. Nilaikanlah tahap kebersihan tempat ini. Sedih...tapi tidak jauh berbeza dengan Keningau. Semporna oh Semporna...namamu disebut seantero dunia sebagai destinasi pelancongan yang terkenal.
Menunggu sambil merakamkan pemandangan yang menceritakan kehidupan seharian masyarakat semporna.

Saturday, February 7, 2009

MINGGU YANG MEMENATKAN TAPI PUAS

Sempatlah beraksi sebelum majlis bermula.

Minggu ini memang sibuk sangat. Selain kuliah dan mesyuarat biasa, IPGM akan menganjurkan acara penting... Majlis Wahana Ilmu bersama Dato' KPPM. Mesyuarat diadakan 4 kali, pagi, tengah hari, petang tiba-tiba sahaja dikehendaki hadir mesyuarat untuk menyelaras majlis tersebut nanti. Perubahan demi perubahan membuatkan kami sentiasa dalam kelam kabut dan perlu bertindak segera. Pada awalnya dua majlis akan dianjurkan yang akan dihadiri oleh dua pengarah yang berbeza pada dua malam berturut-turut, akhirnya berubah kepada satu majlis sahaja. Saya bertanggungjawab memastikan tugas pengacaraan majlis dilakukan dengan baik, dan menyediakan tiga teks ucapan. Perubahan acara juga bermakna perubahan teks pengacaraan dan teks ucapan tetamu. Apa-apapun semuanya dapat diatasi dengan sebaik yang mungkin. Banyak yang saya belajar melalui pengalaman ini.
Rakan-rakan yang menghadiri Majlis Wahana Ilmu bersama KPPM... Dato Haji Alimuddin b Mohd Dom di Dewan IPGM Kampus Keningau

Cuba teka siapa ini?... Namanya Hafiz. Yang menariknya pengalaman budak ini ialah.... sudah biasa membantu ayahnya mengkhatankan budak-budak. Siap boleh cerita dengan terperinci lagi.

Yang ini...pantang diberi peluang bergambar. Tapi memang patut pun, pakaian Melayu yang lengkap dan menjadi contoh yang lain.

Yang ini model berbaju Melayu hampir sempurna. Tapi bukankah lebih baik dilengkapi dengan songkok. Senyuman tu ok sangat-sangat. Gambar ini jadi pilihan sebab yang lain kabur... jurukamera sabotaj agaknya.

Jumaat yang membawa berkat. Saya galakkan pelatih lelaki memakai pakaian Melayu lengkap sebagai identiti opsyen mereka iaitu Bahasa Melayu. Satu permulaan yang baik dan patut diteruskan. Memberi teladan yang baik, saya terlebih dahulu memakai pakaian yang lengkap dan wajar menjadi contoh. Mudah-mudahan usaha saya mendapat sambutan yang baik.

Sebahagian pelatih PISMP Pemulihan sedang menyiapkan tugasan ISL. Tugasan ISL yang saya berikan tak pula disiapkan.

Akhir sekali saya hadiah keindahan flora ini untuk dinikmati bersama. Tumbuh meliar di laman rumah, menghiasi rimbunan hijau yang menenangkan jiwa.

Wednesday, February 4, 2009

RUMAH TERBUKA TAHUN BAHARU CINA PENGARAH

Sempat bergambar dengan tuan rumah
Kumpulan penari singa yang baru selesai buat persembahan
Sebahagian daripada staf sokongan yang hadir

Staf sokongan
Pelatih cina juga tidak ketinggalan memeriahkan rumah terbuka pengarah