About Me

My photo
Keningau, SABAH, Malaysia
Pelaksana dan pembimbing kursus Bahasa Melayu PISMP.

Friday, January 30, 2009

BLOG SANTAI LAGI PERIBADI

Keunikan fauna yang ingin aku kongsi bersama


Saya semakin teruja menjengah beberapa blog pelatih yang semakin canggih dan memaparkan pelbagai cerita dan berita menarik. Sama ada yang bersifat peribadi dan kumpulan opsyen, blog yang dibina menjadi wadah menyampaikan maklumat yang bersifat akademik. Ini membuktikan para pelatih semakin menguasai kemahiran IT yang kadang-kadang lebih baik daripada sebahagian pensyarah. Tahniah!!. Ada beberapa blog yang membuat pautan ke blog AKU FIRDAUS dan menjadi pengikut yang barang kali ingin mengetahui perkembangan saya. Sedikit kebimbangan, andainya pelatih mengharapkan kandungan blog ini dimuatkan dengan maklumat akademik apa lagi atas tujuan perbincangan. Blog ini dibina hanya untuk tujuan santai dan mencatatkan perjalanan peribadi yang tidak mencampuradukkan dengan tugas-tugas profesional. Laman Grup_PM masih menjadi wadah perbincangan rasmi tentang akademik dengan para pelatih , justeru manfaatkan lagi laman tersebut untuk tujuan akademik. Mungkin tidak keterlaluan jika para pelatih membuat pautan ke blog mantan KJ JPM iaitu Tuan Haji Mohd Isa Abd Razak yang sekarang ini kembali aktif menulis dan memuatnaik bahan-bahan yang sesuai untuk rujukan akademik. Blog beliau boleh dilayari di http://mohdisa-abdrazak.blogspot.com/