About Me

My photo
Keningau, SABAH, Malaysia
Pelaksana dan pembimbing kursus Bahasa Melayu PISMP.

Friday, August 14, 2009

SAMBUTAN JUBLI EMAS IPGM KAMPUS ILMU KHAS: BERKONGSI PENGALAMAN

Peluang keemasan merakamkan kenangan bersama bekan Ratu Trek Negara sekitar tahun 1970-an, Zaiton Othman. Pernah digelar Bionic Woman kerana mempertahankan rekod acara Heptathlon Sukan Sea, selain beberapa acara balapan.

Mengunjugi pejabat Timbalan Pengarah sementara menanti majlis bermula. Ini barulah pejabat lima bintang.

Bersama Puan Darawisah, Timbalan Pengarah IPGM Kampus Ilmu Khas yang lebih senang saya panggil Kak Dara. Layanan memang hebat...terima kasih.

Khemah utama yang mengadap kolam renang

Sebahagian daripada tetamu utama yang hadir. Termasuklah yang ke-3 dari kiri tu...kenal tak?

Pengarah IPGM Kampus Ilmu Khas dan Timbalan KPPM menuju ke khemah utama untuk majlis perasmian
Empat tokoh yang terdiri daripada mantan KJ, Pengetua, dan pelajar yang berjaya dalam karier masing-masing. Datuk Mohkzani dan Puan Hajah Zaiton Othman rupa-rupanya bekas guru hasil keluaran IPG ini.

Teruja...mengikuti pengkisahan tokoh-tokoh yang pernah menjadi warga IPGM Kampus Ilmu Khas

Teknologi antik yang mengisi sudut pameran di Galeri Tan Sri Rafie Mahat

Sunday, August 9, 2009

HARI ANUGERAH CEMERLANG: SANGKUT SATU ANUGERAH KHAS...PENAMPILAN TERBAIK

Merakam kenangan berlatarkan pentas penerima anugerah... Jangan Tak Tau.... Anugerah Penampilan Terbaik...dimenangi oleh......(pukul tu gendang) .... ah FIKIRLAH SENDIRI...MALAH AKU NAK SEBUT
Penari yang terdiri daripada staf sokongan... wah bakat terpendam rupanya. Lepas ni memang kenalah buat persembahan lagi. Tapi cari pasangan lain lah pula...pensyarah ke!
Mejar (B) Yeap Keng Leng... teringin sangat bergambar dengan bakal penerima anugerah tu. Nak menumpang aura kuttt. Sedang menanti ketibaan Pengarah.

Bersama orang-orang kuat di sebalik kejayaan majlis pada petang itu.

Pasukan koir staf sokongan mengisi acara persembahan pada petang itu. Baju tadika ka tu?..

Sama cantik sama padan...pakaian sedondon ibarat sudah sepakat mengikat janji. Jangan jeless ya.
Sempat juga menyambut Hari Jadi Pengarah. Kebetulan jatuh dalam bulan Ogos.

Menghiburkan...terkenang zaman muda-muda dengan si dia, berpasangan di atas pentas. Persembahan daripada staf sokongan...macam lebih baik daripada persembahan pelatih pula.