Baru-baru ini saya menghadiri mesyuarat di BPG Putrajaya. Memandangkan mesyuarat hanya sehari sahaja, saya memutuskan untuk menumpang di rumah kawan di Seri Petaling. Saya pergi dan balik menggunakan perkhidmatan teksi dan LRT. Rasanya itulah perkhidmatan yang terbaik dan memudahkan perjalanan ke tempat mesyuarat. Melalui pengalaman di stesen LRT membawa sedikit kesedaran betapa beruntungnya saya duduk di Keningau...Pedalaman yang ada ketikanya memiliki beberapa kelebihan.
Pandangan yang menarik perhatian untuk dirakamkan. Bayangkan setiap hari anda mengalami pengalaman seumpama ini. Aduhhhh!!!! bertuahlah duduk di Keningau.