Balik ke rumah dari pejabat waktu petang melalui jalan yang sama tidaklah menjanjikan pemandangan yang indah lagi. Tiada apa yang istimewa di kiri dan kanan jalan. Tetapi petang tadi, ada sesuatu yang menarik perhatian saya. Sebaik-baik sahaja sampai di pintu pagar rumah, terlihat papan tanda baharu yang saya pasti dipasang pada waktu pagi tadi.
Papan tanda amaran tentang bonggol jalan dan ditulis dalam bahasa Inggeris speed bumb ahead. Terfikir saya sejenak, apa perlunya tulisan dalam bahasa Inggeris tersebut, tambahan lagi kebanyakan papan tanda hanya mempamerkan lambang dan imej sahaja.
Sehingga kini saya belum ada jawapan tentang persoalan tadi. Mungkinkah pihak berkuasa tempatan beranggapan bahawa komuniti yang sering menggunakan laluan tersebut lebih faham bahasa Inggeris, atau diarahkan oleh pihak atasan atau sengaja meminggirkan bahasa Melayu yang sememangnya semakin tersisih. Andaian-andaian ini sering menganggu saya dan mengundang pelbagai lagi persoalan... inikah mentaliti masyarakat kita.
Satu kesilapan yang sering dilakukan oleh pihak-pihak yang berwajib. Mungkin kesilapan besar juga sebab papan tanda tersebut letaknya betul-betul di hadapan rumah pensyarah Bahasa Melayu.
Salam.
ReplyDeleteMaklumkan kepada Majlis Perbandaran Keningau. Minta mereka tukar.
Wassalam.
tahniah atas keperihatinan anda
ReplyDeleteassallamualaikum cikgu..
ReplyDeleteya, sdkit demi sdkit.... B.Melayu mgkn akan kurg peranannya d tmpt awam....mana hilangnya, slogan yg d agung2kan dulu.... "Bahasa Jiwa Bangsa".....?????... bahasa apa? bahasa inggeriskh jiwa bangsa kita skg ni?
MARTABAT KAN BAHASA MELAYU! tetibe
ReplyDeletealamak, di depan rumah cikgu ka??? yah tak yah jua rasanya ini lah kali pertama saya lihat papan tanda yang tulisannya dalam Bahasa Inggeris.....
ReplyDeletecik,
ReplyDeletebaik cik laporkan ke majlis daerah.
kalau tidak pun lapor di NEWS SABAH TIMES..
takut nani, dari satu papan tanda, akan bertambah lebih banyak lagi...
ni bukan yg pertama kali sign bord digunakan dlm bahasa inggeris cuma kita yg nda prihatin, banyak lg, cth : SLOW, STOP, BUS STOP, TOILET, bersepah.. kata bahasa jiwa bangsa, tetapi yg membunuh bahasa tu adalah penutur jati bahasa tu sendiri,.......
ReplyDelete