About Me

My photo
Keningau, SABAH, Malaysia
Pelaksana dan pembimbing kursus Bahasa Melayu PISMP.

Monday, November 9, 2009

JAMUAN AKHIR TAHUN 2009: IPGM Kampus Keningau

Cabutan tiket bertuah....salah seorang yang bertuah malam tu... Tambang teksi dari Keningau ke KK. Aku idamkan tiket penerbangan ke KL....tapi...

Individu yang memperagakan busana 1 Malaysia membuat penampilan istimewa kononnya. Nasib baiklah kain tu ikat kuat...kalau tidak, tak tahulah apa nak jadi


Gandingan JPM dan J HEP membuat persembahan...spontan tapi dapat tepukan gemuruh. Aku tak nampak pun orang belakang tu buat apa...berjoget sakan nampaknya. Aku tetap kontrol



Menu malam tu memang boleh tahan....diet tertunda lagi untuk kali yang ke -50

Aku pun tak tahu apa jenis busana yang aku peragakan pada malam tu. Ada yang kata Bangla ada juga kata dari Myanmar....dah tu je yang ada dalam koleksi terkini aku

Bersama dengan staf sokongan yang sentiasa memberi sokongan moral dan lain-lain

Gandingan penerima staf paling segak dan anggun....macam padan jak ni

Sunday, November 8, 2009

PERHIMPUNAN KHAS BULAN BAHASA KEBANGSAAN KAMPUS

28 Oktober 2009
Jam 11 pagi, Dewan Besar IPGM Kampus Keningau
Bersama tetamu utama wakil Pengarah IPGM Kampus Keningau dan KJ Hal Ehwal Pelajar
Severinus Nain Opsyen BM (PISMP) Semester 2. Penerima Anugerah Tunas Bahasa

Penyampaian Anugerah Tunas Bahasa. Tahniah kepada saudara Severinus atas usaha dan iltizam yang luar biasa.


Persembahan deklamasi sajak...gabungan pendeklamator hebat kampus

Pasukan dikir barat...terima kasih atas segala dedikasi dan usaha yang sangat positif

Kelancaran perjalanan majlis turut dibantu oleh juruacara yang berpengalaman. Terima kasih buat saudara Ramlan dan Stella (KPLI Ambilan Jan 2009)
Ayu dan anggun...pembawa sirih junjung dan bunga telur yang mendahului perarakan masuk tetamu utama

Pasukan pemantun lelaki....tidak kurang hebatnya dengan pantun yang bernas tapi penuh kiasan

Pasukan pemantun daripada pensyarah, staf sokongan dan pelatih perempuan
Jurupantun yang tidak pernah mengecewakan penonton. Pantun-pantun spontan yang dilontarkan sentiasa menggamatkan dewan.

KJ JPM..mengumumkan penerima Anugerah Tunas Bahasa IPGM Kampus Keningau 2009.
Persembahan dikir barat...membuka tirai majlis pada pagi itu

Julung kali persembahan dikir barat bergema di dewan kampus...semua teruja dan memberi maklum balas yang positif

Persembahan penutup...sekali lagi pasukan dikir barat tampil menghiburkan warga dewan


Bersurai...masjis tamat dalam pukul 1.00 petang. Paling membanggakan semua yang hadir tidak berganjak sehingga majlis tamat. Terima kasih

Friday, October 16, 2009

SEMARAK BAHASA:SAMA-SAMA MEMARTABATKAN BAHASA DAN BUDAYA MELAYU

Puisi berkumpulan. Mana songkok Vonn?...kurang markah tu. Lain kali pakai lengkap ba!

Tuan Timbalan yang sentiasa menyokong aktiviti Jabatan Pengajian Melayu. Terima kasih daun keladi

Tahniah!Tahniah!...penyertaan pelajar perlu ditingkatkan lagi daTlam aktiviti kebahasaan
Syikin...persembahan yang meyakinkan
Tangkas dan perkasa...budaya yang perlu dijulang

Persembahan silat membuka tirai Malam Semarak Bahasa
Glen...pemenang pertandingan multimedia.
Sebahagian daripada pemenang merakam kenangan pada akhir majlis

Antara pemenang bertuah yang menyertai acara sepanjang Program Semarak Bahasa

Sayembara puisi berkumpulan...kalau baju seragam lagi lawa kan

Juri yang diketuai Encik Adnan Endut


Pangiran Sukri (kanan)...pengerusi program Semarak Bahasa, Tahniah atas kejayaan program

Tetamu utama...kerusi belakang kosong. Teguran Tuan Timbalan patut jadi renungan semua