About Me

My photo
Keningau, SABAH, Malaysia
Pelaksana dan pembimbing kursus Bahasa Melayu PISMP.

Friday, May 29, 2009

SELAMAT BERCUTI

KEPADA SEMUA WARGA IPGM KAMPUS KENINGAU KHUSUSNYA PARA PELATIH PPISMP, PISMP (SEMESTER 1, 3 DAN 5) PISMK-OUM, KPLI DAN SEMUA WARGA PENDIDIK YANG SENTIASA MENGUNJUNGI BLOG AKU FIRDAUS , "SELAMAT BERCUTI, SELAMAT HARI KAAMATAN DAN HARI GAWAI".

KEPADA SEMUA PELATIH KHUSUSNYA DARI OPSYEN PENGAJIAN MELAYU DAN PENDIDIKAN PEMULIHAN, MANFAATKAN CUTI ANDA DENGAN AKTIVITI YANG BERFAEDAH DAN SENTIASA MELAKUKAN REFLEKSI DIRI UNTUK MENAMBAHBAIK KEKURANGAN ATAU KELEMAHAN YANG LEPAS.

MAAF JUGA SAYA PINTA KEPADA SEMUA PELATIH YANG TERLIBAT DENGAN KULIAH SAYA SEKIRANYA SEPANJANG SEMESTER LEPAS ADA KESILAPAN, KEKHILAFAN YANG MUNGKIN SECARA TIDAK SEDAR SAYA LAKUKAN. TERIMA KASIH KERANA SENTIASA BERUSAHA MENJADI PELATIH YANG TERBAIK DAN MEMBERI KERJASAMA YANG MAKSIMUM.

JUMPA LAGI PADA SEMESTER AKAN DATANG DENGAN AZAM YANG BAHARU DAN ILTIZAM YANG PADU.

Saturday, May 16, 2009

BENGKEL TEATER KANAK-KANAK:15-16 MEI 2009

Sesi perbincangan kumpulan yang dibimbing oleh cikgu Mior.
Encik Baharom Mohd Noor, Timbalan Pengarah menyampaikan sijil kepada wakil peserta pada majlis penutupan

Puan Zawiyah yang berkonsi input tentang teater dalam pengajaran dan pembelajaran

Ceramah dan aktiviti yang dilakukan di dewan besar.
Sebahagian daripada para peserta yang mengikuti sesi ceramah yang disampaikan oleh Puan Zawiyah dan Cikgu Mior.

Salah satu aktiviti permainan yang boleh dimasukkan dalam pengajaran dan pembelajaran bilik darjah.

Aksi bersahaja dan menghiburkan dalam persembahan kumpulan. Pangeran melakonkan watak kambing yang tertipu oleh musang.

"Singa yang Sombong" persembahan kumpulan yang mencuit hati. Siapa sangka ramai pelatih memiliki bakat lakonan yang baik.

Gambar kenangan bersama peserta, fasilitator, penceramah, timbalan pengarah dan pensyarah JPM

Friday, May 8, 2009

SESAK YANG MENYESAKKAN


Baru-baru ini saya menghadiri mesyuarat di BPG Putrajaya. Memandangkan mesyuarat hanya sehari sahaja, saya memutuskan untuk menumpang di rumah kawan di Seri Petaling. Saya pergi dan balik menggunakan perkhidmatan teksi dan LRT. Rasanya itulah perkhidmatan yang terbaik dan memudahkan perjalanan ke tempat mesyuarat. Melalui pengalaman di stesen LRT membawa sedikit kesedaran betapa beruntungnya saya duduk di Keningau...Pedalaman yang ada ketikanya memiliki beberapa kelebihan.

Pandangan yang menarik perhatian untuk dirakamkan. Bayangkan setiap hari anda mengalami pengalaman seumpama ini. Aduhhhh!!!! bertuahlah duduk di Keningau.

Sementara menunggu rakan menjemput saya sempat juga merakamkan suasana di stesen LRT. Semakin pening kepala menyaksikan keriuhan, kesesakan di hadapan mata. Suasana yang jarang-jarang saya temui di Keningau.