About Me

My photo
Keningau, SABAH, Malaysia
Pelaksana dan pembimbing kursus Bahasa Melayu PISMP.

Friday, January 30, 2009

BLOG SANTAI LAGI PERIBADI

Keunikan fauna yang ingin aku kongsi bersama


Saya semakin teruja menjengah beberapa blog pelatih yang semakin canggih dan memaparkan pelbagai cerita dan berita menarik. Sama ada yang bersifat peribadi dan kumpulan opsyen, blog yang dibina menjadi wadah menyampaikan maklumat yang bersifat akademik. Ini membuktikan para pelatih semakin menguasai kemahiran IT yang kadang-kadang lebih baik daripada sebahagian pensyarah. Tahniah!!. Ada beberapa blog yang membuat pautan ke blog AKU FIRDAUS dan menjadi pengikut yang barang kali ingin mengetahui perkembangan saya. Sedikit kebimbangan, andainya pelatih mengharapkan kandungan blog ini dimuatkan dengan maklumat akademik apa lagi atas tujuan perbincangan. Blog ini dibina hanya untuk tujuan santai dan mencatatkan perjalanan peribadi yang tidak mencampuradukkan dengan tugas-tugas profesional. Laman Grup_PM masih menjadi wadah perbincangan rasmi tentang akademik dengan para pelatih , justeru manfaatkan lagi laman tersebut untuk tujuan akademik. Mungkin tidak keterlaluan jika para pelatih membuat pautan ke blog mantan KJ JPM iaitu Tuan Haji Mohd Isa Abd Razak yang sekarang ini kembali aktif menulis dan memuatnaik bahan-bahan yang sesuai untuk rujukan akademik. Blog beliau boleh dilayari di http://mohdisa-abdrazak.blogspot.com/

Wednesday, January 28, 2009

BERKONGSI NIKMAT KEINDAHAN FLORA DAN FAUNA

Kerap sekali rama-rama berkunjung ke rumah akhir-akhir ini. Apa gerangan isyarat yang dibawa oleh makhluk tuhan terindah ini.
Tunas bunga yang mula kembang. Aku tak sabar menyaksikan kelopak bunga itu mekar dan menyala di sebalik rimbunan hijau.

Rama-rama ini seolah-olah memberi kerjasama ketika saya merakamkan foto dari jarak dekat. Hinggap di pagar utama dan sesekali mencuri tumpuan aku.

Berlatarbelakangkan dinding batu berwarna kuning. Bunga ini menghiasi sudut laman yang semakin menghijau.

Monday, January 26, 2009

SELAMAT TAHUN BAHARU CINA: CUTI TAPI TETAP BUAT KERJA

Cuti Tahun Baharu Cina seminggu terasa lama bagi aku. Tapi sesekali aku fikir, ada ruang untuk aku menyiapkan kerja-kerja pejabat yang perlu dibereskan segera. Tugasan opsyen PISMP, Kertas Kerja Bulan Bahasa dan Sastera, dan banyak lagi yang masih tertangguh. Ada juga student yang dah bercadang datang ke rumah, tidaklah sunyi sangat.

Tetamu yang datang semasa cuti Tahun Baru Cina kat rumah aku. Kebetulan aku baru ambil buah durian dari Tenom seguni, apa lagi....melantaklah budak ni.
Rama-rama yang hinggap di daun salah satu pokok yang menghiasi halaman rumah aku. Cantik dan unik!!!!

Buah tembikai susu yang menghiasi laman di luar pagar rumah aku. Buah pertama aku petik tapi malangnya mentah lagi. Puncanya aku takut orang yang lalu lalang depan rumah mengambilnya. Kali ini aku pastikan buah ni benar-benar dah matang.


Buah tembikai yang sebesar buah ciku ini memang mendapat perhatian aku. Tumbuh meliar di laman dan berbuah secara tiba-tiba. Subur juga tanah kat rumah aku ni

KENINGAU: BANDAR SAMPAH

Pemandangan seumpama ini adalah biasa di bandar Keningau, tapi siapa yang benar-benar perihatin dengan keadaan ini.
Pemandangan yang menjijikkan dan tidak sepatutnya berlaku sekiranya sistem pengutipan sampah dilakukan dengan lebih cekap

Tong sampah yang disediakan tidak dapat menampung sampah sehingga pembuangan dilakukan dengan sewenang-wenangnya.

Sedih, Marah dan Malu. Itulah selayaknya yang mampu saya zahirkan setelah sekian lama menyaksikan pengurusan sampah di Keningau terlalu lemah. Hasilnya, di mana-mana sahaja di setiap sudut bandar Keningau dihiasi dengan sampah. Baik yang terdapat di taman-taman perumahan mahupun di kawasan semak yang bukan tumpuan ramai pasti ada sahaja sampah yang berselerak dan tidak diurus dengan cekap dan berkesan. Apa yang telah dilakukan oleh pihak penguasa tempatan Keningau?. Sebagai warga Keningau yang perihatin, saya pernah mengajukan masalah ini kepada pihak yang berwajib melalui emel, cadangan juga telah saya kemukakan tapi sehingga kini saya belum nampak apa-apa perubahan bahkan fenomena sampah tidak pernah susut.

Saturday, January 24, 2009

WARGA BAHARU IPGM KENINGAU DAN SESI KULIAH

Kuliah Pedagogi BM di kelas PISMP BM. Sempat merakam sesi perbincangan berkumpulan
Sesi kuliah yang sempat dirakamkan. Perbincangan kumpulan

Pemerhati... komen dalam hati aje lah dengan persembahan pelatih baru ni


Pentas yang beubah wajah menjadi fantasi alam kanak-kanak








Sebahagian daripada pelatih baharu di Malam Penutupan MPPB

Tuesday, January 13, 2009

PANORAMA HARI PERTAMA MENDAFTAR

Taklimat bersama ibu bapa dan waris yang turut dihadiri oleh Pengarah IPGM Kampus Keningau Barisan penyambut tetamu yang sedia membantu


Salah satu kaunter pendaftaran yang dikendalikan oleh tutornya.



Tekun di meja pendaftaran...banyak borang yang perlu diisi dengan teliti

























DETIK PERMULAAN SEORANG GURU







12 Januari 2009, IPGM Kampus Keningau menerima pelatih baharu yang datangnya dari seluruh tanah air. Kemeriahan mula terasa seawal pagi lagi ketika para pelatih baharu mula mendaftar di dewan besar. Ada yang ditemani ibu bapa, suami atau isteri dengan pelbagai jenis kenderaan yang memenuhi ruang tempat letak kereta. Kali ini aku tak terlibat semasa proses pendaftaran, walau bagaimanapun, aku hadir semasa sesi bersama ibu bapa dan mencuri sedikit masa waktu petang ke dewan.

Sebahagian daripada ibu bapa atau waris yang hadir semasa sesi bersama Pengarah




Friday, January 9, 2009

MESYUARAT: KESIBUKAN SUDAH BERMULA

Mc Donald oh Mc Donald!!!. Baru kemarin aku terbaca sebuah laman yang menyenaraikan barangan dan perkhidmatan yang diboikot berikutan serangan Isreal terhadap Palestine. Barangan tersebut ada kaitannya dengan USA dan Yahudi. Langkah boikot sebagai tanda dan isyarat mengutuk tindakan kejam Isreal dan sekutu kuatnya USA. Kedai Francais Makanan Segera Mc Donald tersenarai sebagai salah satu barangan yang diboikot. Sementara menanti masuk ke balai berlepas kami singgah untuk mengalas perut di Mc Donald, sebab tiada pilihan lain. Selepas itu, banyak juga persoalan yang bermain dalam fikiran, antaranya....korang fikirlah sendiri.
Satu pemandangan yang cantik aku nak kongsi dengan anda. Sambil menunggu, kamera tak lepas daripada genggaman, jadi aku terus merakamkan apa sahaja yang menarik di pandangan mata.

Mazlan dan Hj Mahian yang turut sama ke KL. Aku tak bercadang nak rakamkan gambar korang tapi sebab dah posing awal-awal, aku rasa terpaksa tau. Kalau korang tak ada mesti aku boring jugakan.


Sebahagian ahli mesyuarat yang hadir. Sempat juga aku merakamkan sesi ini tanpa dipedulikan oleh sesiapa pun. Masing-masing fokus (aku fokus kamera)



Aku suka perhiasan ini. Gubahan jambangan bunga dalam pasu besar. Aku bayangkan kalaulah jambangan ini menhiasi laman rumah aku.




Tertarik dengan pemandangan ini. Retak yang menanti belah, aku rakamkan untuk kenangan yang mungkin jarang-jarang ditemui. Salah satu dinding cermin dibalai menunggu KLIA











Menunggu sebelum menaiki pesawat...bosan juga duduk sorang-sorang






Tuesday, January 6, 2009

SIAPALAH AKU YANG TERHIMPIT...?


Sekali pandang, tumbuhan ini tidak menunjukkan apa-apa keistimewaan. Namun setelah diamati dengan teliti, ada sesuatu yang boleh diperkatakan tentang tumbuhan ini. Dicelah-celah batu simen yang padat, tumbuhan ini masih mampu hidup dan menikmati kehidupan yang singkat tetapi cukup mencabar. Pemandangan unik ini boleh anda nikmati di salah satu sudut terbuka di laluan Pusat Sumber. Tapi selama ini tidak siapa pun yang ambil tahu agaknya.

Monday, January 5, 2009

6.38 PAGI HINGGA 6.00 PETANG

Nasib baik la ada pelatih yang lawa-lawa ni sudi membantu
Lihatlah betapa bersepahnya bahan--bahan yang perlu dikemaskan



Setelah menanti hari pertama bertugas rasmi tahun 2009...tiba masanya aku mengenakan baju baharu seawal jam 6.00 pagi dan tiba di pejabat lebih kurang jam 6.38 pagi. Tugasan KKBI pelatih KPLI-KDC yang telah aku semak sebelum bercuti masih menghiasi lantai sehingga menjejaskan keceriaan bilik aku. Sakitnya mata, makin serabut fikiran keadaan bilik yang agak bersepah. Akhirnya aku minta bantuan kelas PPISMP BM Semester 2 bersihkan bilik, alang-alang bersihkan bilik stor kat belakang tu. Lega akhirnya... terima kasih kepada yang sudi membantu.



Petang mesyuarat JK Minggu Pengurusan Pelajar Baharu yang akan mendaftar pada 12 Januari 2006. Seperti yang lepas, tugas aku Bhg JK Taklimat, tugas yang mudah tapi kena pantas dan tepat...tugas menjadi mudah kerana dibantu oleh pelatih yang berpengalaman. Mesyuarat selesai jam 5.15 petang.....letih sampai rumah jam 6.00 petang. Nak tidur awal malam ni

Saturday, January 3, 2009

AKU BUAT APA HARI NI

Tak puas aku nak tenung buah ni... cantikkan?...sedap lagi rasanya!. Aku beli tiga biji tadi tau.
Salah satu buah kegemaran aku. Sejak tiga hari aku mencari, akhirnya kutemui juga idaman selera. Tengah hari ni aku makan je buah ni ganti nasi...memang sedapppp

Yang ini masih menunggu untuk dibersihkan. Macam tak sanggup lagi pegang cangkul. Nak upah orang bersihkan, tapi adakah yang sudi?....sila hubungi saya segera. Satu rumput Rm5 !!!


Inilah hasil aku menyangkul lepas berbasikal. Sedap mata memandang setelah sekian lama aku beri peluang rumput-rumput menguasai tanah tu. Bila pulak nak sambung?.



Teman setia pagi dan petang. Pagi tadi aku masih mengayuh ko. Harap-harap boleh bertahan lama, tak sanggup aku nak tukar tayar.




SEHARI SEBELUM MENJELANG ISNIN

Alhamdulillah...sempat berbasikal dan beriadah pagi tadi. Kesempatan ini mungkin semakin terbatas apabila mula bertugas esok. Seawal jam 615 pagi aku perlu bertolak ke pejabat dan mungkin dalam jam 5 petang balik ke rumah, badan yang letih akan mengurangkan tenaga menjalani riadah.

Semalam sempat ke pejabat dan menyiapkan tugasan yang masih tertunggak. Selain itu dapat juga maklumat tentang jadual kuliah dan mesyuarat yang akan diadakan pada hari Isnin dan Selasa.

Hari ini sempat juga menyangkul depan rumah setelah beberapa bulan membiarkan rumput-rumput lebih tinggi daripada bunga-bunga dalam pasu. Petang ni boleh sambung lagi agaknya kalau tak hujan.

Friday, January 2, 2009

2 HARI SEBELUM BERTUGAS

Semangat baru untuk kembali bertugas


Pagi ini sempat berbasikal dan jogging di sekitar masjid. Suasana pagi yang dingin dan agak sunyi daripada deruan kenderaan memang memudahkan aktiviti saya. Semalam jarum timbangan menunjukkan berat saya 62 kg, berat ideal la tu. Tapi kalau boleh nak kurangkan menjadi 60 kg, biar lebih slim dan sihat.


Lusa akan bermula secara rasmi tugas-tugas di pejabat, walau bagaimanapun pagi ni memang dah merancang menjenguk pejabat untuk membuat persiapan yang patut. Pasti banyak yang boleh saya lakukan agar tiada tunggakan kerja pada hari Isnin nanti.


Cuti panjang membuatkan saya semakin lalai dan masih terbuai dengan sikap malas. Selalunya macam itulah, ada kerja-kerja pejabat yang saya longgokkan di rumah semasa cuti belum disentuh lagi... aduhhhh!. Harap-harap di pejabat kejap lagi dapat mood untuk bekerja nanti.






Pelatih ni kalau bab masak memang sedap. Saya pasti makan banyak malam tu, mereka dah tahu selera saya. Malam tu juga diet tertangguh


Lepas makan, semua kenyang... tu yang senyum meleret. Sapirin dan Winston...saya rasa lebih remaja daripada korang la

Imbasan Bersama KPLI Pemulihan Khas Amb 2008

Jamuan bersama selepas menduduki peperiksaan akhir. Banyak juga kenangan manis dengan pelatih ni, yang pahit macam tak de lah

Salah satu sajian yang dihidangkan kepada kami. Saya tak dapat menikmati sajian ini walaupun dikatakan paling digemari di Korea. Lidah saya dah biasa dengan sambal, lada dan kuah-kuah yang berperisa tom yam. Balik Malaysia berat saya turun dua kilo.



Salah satu lokasi yang wajib dikunjungi di Korea ialah Pulau Nami. Lokasi ini merupakan lokasi pengambaran drama Winter Sonata yang telah menjadi fenomena di beberapa negara Asia termasuk Malaysia. Tempat ini memang cantik dan pelbagai imej berkaitan hero dan heroin drama tersebut diabadikan di lokasi ini. Tapi sehingga kini saya belum lagi berkesempatan menonton drama hebat itu.

Bersiar-siar di sekitar istana lama di tengah-tengah bandaraya Seoul. Aksi ceria ini mengungkapkan pelbagai cerita yang mencuit hati sepanjang perjalanan ini


Salah satu gambar yang paling saya suka. Berlatarbelakangkan restoran yang bercirikan seni bina tradisi. Restoran yang menyediakan makanan halal ini juga terletak agak jauh terpencil

Beraksi dengan busana tradisional Korea. Ala-ala baju pengantin lah ni
Aksi amatur pemain ski. Bermain ski tidaklah sesusah yang disangkakan. Melalui tunjuk ajar dalam tempoh 30 minit, saya sudah mampu mengendalikan peralatan dengan baik dan meluncur tanpa masalah.

Bermalam di salah sebuah resort ski di Seoul. Berlatarbelakangkan kawasan berbukit yang diseliputi salji. Pemandangan yang amat mengasyikkan, tetapi suhu yang teramat sejuk memaksa kami untuk segera masuk ke bilik.