About Me

My photo
Keningau, SABAH, Malaysia
Pelaksana dan pembimbing kursus Bahasa Melayu PISMP.

Saturday, June 27, 2009

KARNIVAL BUDAYA BORNEO

Kalau saya tahu, ada pertandingan busana tradisional.. sah-sah tempah awal cawat murut dari kulit kayu tu. Memang boleh mengalahkan pensyarah yang menang ...siap ada tiara lagi .

Pembukaan persembahan yang menggabungkan paluan kompang, gamelan dan muzik band. Macam ada yang tak kena dengan pembukaan ini. Biasa-biasa jaklah, mungkin kurang persediaan yang melibatkan ketiga-tiga kumpulan muzik. Biasa sangat buat kerja suam-suam kuku...hasilnya tetap sama.

Sempat merakamkan aksi bersama pelatih yang akan memalu kompang mengiringi pergerakan masuk tetamu utama. Lain kali, sedia lebih awal ya...tetamu dah sampai, ahli kompang tak cukup, ntah mana-mana perginya. Tengok jam lain kali ya. Kalau rasa-rasa tak boleh tepati masa, baik jangan buat. Apa-apapun tahniah, pasukan kompang memang benar-benar memeriahkan majlis.

Sebahagian daripada anggota muzik band. Dah lupalah nama korang ni...maklumlah jarang sangat dapat bertemu. Sekali jumpa, pandai-pandailah ambil gambar. Korang tiada baju lain ke?.. macam dah 5 semester pakai, dah sempit ba.

Salah satu sudut yang menyediakan makanan di luar dewan. Senyum lebar semua, pinggan mangkuk dah licin. PISMP (BM) semester 6 bertanggungjawab mengendalikan juadah yang disumbangkan oleh JPM. Patutlah juadah ni tidak dapat tempat dalam pertandingan, letaknya ditepi, gelap pula tu. Awal-awal lagi sabotajkan... sapa setuju? angkat tangan

Satu persembahan yang mencuri tumpuan malam itu. Kumpulan dari opsyen Muzik KPLI yang baru 2 minggu di kampus Keningau. Masalah teknikal dan seperti kurang bersedia mencacatkan sedikit persembahan mereka. Kalau latihan 2 atau 3 kali lagi, pasti lagi meletup persembahan ini. Tahniah!!!.

Sebahagian pelatih yang memperagakan busana tradisional etnik Sabah dan Sarawak. Cantik dan nampak ayu sekali. Paling kiri tu, dah berpunya tau, yang lain-lain tu ambillah.

Diapit gadis Rungus dan Murut. Mana satu pilihan hati, dua-dua menawan dan masih solo tau.

Akhirnya...pemenangnya ialah...kasi pukul itu dram mau saspen sikit (meminjam kata-kata Meris, si pengacara glamer malam tu)..ialah..Valerie Grace dari PISMP (Pemulihan) Semester 2.

Friday, June 19, 2009

CUTI, MESYUARAT DAN PTK: 3 DALAM 1

Dua minggu berlalu dipenuhi dengan kuliah-kuliah KDC yang membataskan cuti, kini tinggal seminggu sebelum IPG dibuka semula masih dipenuhi dengan tugas-tugas rasmi. Pada masa yang sama konvo Zon Sabah yang berlangsung pada 15-16 Jun terpaksa diketepikan kerana keutamaan tugas di KL pada 15-19 Jun. Seminggu lepas itu, pada 20-24 Jun menghadiri kursus dan penilaian PTK DG48 pula. Nampaknya dua minggu ini tiga tugas diadun menjadi satu.

Bilik 813 Hotel Vistana, segah namanya memang sesuailah dengan DG48 aku ni. Merasalah juga aku menghabiskan cuti kat bilik mewah ni. Mudah sikit aku siapkan tugasan PTK yang separuh-separuh siap tu.

Banyak masa dihabiskan dibilik ini. Memang tak merancang untuk shopping apa-apa kali ni. Asyik teringat tugasan yang belum siap.

Menyingkap tirai jendela dari bilik yang sudah menjadi pejabat mini aku. Wah! cantiklah juga, banyak gelagat manusia yang dapat aku perhatikan.

Stesen bas yang tak pernah lengang. seawal pagi jam 5 pagi sudah kelihatan kelibat manusia yang berduyun-duyun menggunakan perkhidmatan awam ini.

Sempat juga aku jumpa budak-budak ni setelah sekian lama tak jumpa. Yang FBI tu, rasa-rasanya dalam 10 tahun kut. Mohd Husin dan Mohd Hasan....adik-adik aku. FBI tu single lagi, sorang tu...bapak budak dah.

Merakamkan kenangan bertiga yang mungkin selepas ini keraplah berjumpa...kalau ada keluangan masa semasa bertugas di KL.

Sambil jumpa adik-adik aku ni, sempat juga minta belikan laptop baharu. Dapatlah satu Lenovo Mini yang memang dah lama rancang nak beli. Ingatkan budak-budak ni nak sponsor....mmmm. Tak juga nampaknya.


Nampak lebih ringkas, dan mudah dibawa ke mana-mana. Laptop lama masih ok lagi dan cuma sedikit masalah dengan kabel power yang sudah usang. Nak sedekahlah kat pelatih baru yang akan datang Jun ni....anak yatim piatu diutamakan. Dapat gak pahala.





Lenovo hitam yang lebih ringan dan nampak klasik. Cantik juga cadangan Husin ni.













Mudahlah bawa ke kuliah nanti. Dah lama nak beli kat KK, tapi dah sampai KL, adik pula nak tolong...teruslah beli kat KL. Kalau tangguh biasanya tak jadi.















Thursday, June 18, 2009

TAKLIMAT JPN SABAH BERSAMA PELATIH KPLI-KDC

Cikgu Sufiah binti Haji Ati yang berkongsi pengalaman dengan pelatih menerima cenderamata daripada Encik Mohd Firdaus Abd Salam
Encik Kassim bin Haji Buntak, Penolong Pengarah Unit Pendidikan Khas bersama Encik Mojuntin melakukan kunjungan hormat di bilik Timbalan Pengarah

Tekun mendengar taklimat. Sebahagian daripada pelatih KPLI-KDC (Pendidikan Pemulihan)yang akan menamatkan pengajian pada akhir tahun 2009