About Me

My photo
Keningau, SABAH, Malaysia
Pelaksana dan pembimbing kursus Bahasa Melayu PISMP.

Thursday, July 23, 2009

HARI GURU! HARI GURU!...SETIAP HARI ADALAH HARI GURU

Setelah letih berjuang di padang dan berhasil dengan kemenangan demi kemenangan, akhirnya disambut sebagai wira di kelas PISMP (BM). Merasalah aku jadi tetamu utama yang ditunggu-tunggu.
Pengarah dan Timbalan Pengarah pun tak dapat cenderamata daripada kelas Pemulihan ini. Terima kasih daun keladi, kalau ada lagi, bagilah lagi.

Puan Pengarah menuju ke dewan bersama-sama dengan warga IPG meraikan Hari Guru peringkat institut. Diapit oleh pengawal-pengawal setia.

Juara berlari sambil ikat kaki. Ingatkan tiada harapan, tambahan lagi pasangan aku tu main tangkap muat saja. Kemenangan pertama JPM yang disertai oleh KJ. Aura KJ masih kuat pula.

Ini juara ke? macam biasa telan telur saja tau. Berlari sambil kontrol macho lah Kevin ni.

Ini senaman pagi sebelum turun gelanggang. Ambil sikit tenaga Brayn depan tu. Nasiblah kau Ronald dapat wangian yang semerbak tu

Aksi bakal juara. Tengok penampilan pun dah tau. Tak menang sukaneka pun janji menang gaya
Sejak awal-awal lagi dah meletakkan sasaran mendapat 10 hamper tu. Cik Nab lengkap dengan pakaian sukan, tapi tak jejak tanah pun. Siapa yang pakai kasut warna pink...jaga!

Wah!!!!...hebatnya KJ JPM...larian atas bata tetap ada nombor la tu. Yang lain-lain kami tak minat tauu
Menikmati juadah di kelas PISMP Pemulihan. Nah kau!...siap menunggu tu dua kek mau dirasmikan.

Para penyokong yang dibawa khas dari Pakistan dan Nepal. Ketua tu yang duduk kat depan
Kek ni memang sedap. Siapa yang tak rasa masa tu, memang rugi. Sedap sangat...sebab menyerap aura pemotongnya.

Aik!!!...siapa yang tangkap gambar ni?. Mesti dah baca-baca sebelum menyuap tu kan. Kat belakang tu jeles sebab tak dilayan.

Pandailah kamurang kenakan saya ya!...Lain kali suapkan buah durian ke...

Tuesday, July 21, 2009

KEMUNCAK BULAN BAHASA DAN SASTERA: TERIMA KASIH PELAJAR KU


Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera. Saya ingin mengambil peluang ini untuk menzahirkan kesyukuran kepada Allah swt kerana dengan izin-Nya Penutupan Bulan bahasa dan Sastera telahpun disempurnakan dengan jayanya. Saya dedikasikan terima kasih dan penghargaan yang setinggi-tingginya kepada semua warga kerja khususnya para pelatih yang bertungkus lumus tanpa mengenal penat, tanpa merungut dan meminta-minta imbalan sehingga memudahkan kerja-kerja kami di JPM. Tenaga-tenaga muda yang sentiasa ikhlas menghulurkan bantuan seperti Hasifi, Firhan, Chong Oi Lan, Grace, Elvy, Elva, Rayn, dan semua yang tak sempat saya sebut satu persatu...kerjasama kalian pada malam itu merupakan tulang belakang yang sentiasa menyokong saya. Benarlah kata pepatah "jatuh ke laut menjadi pulau, di darat menjadi gunung". kalianlah pulau dan gunung itu. Terima Kasih Daun Keladi.

Bersama Tuan Timbalan Pengarah di barisan hadapan


Firhan dan Rayn, senyuman yang menjanjikan aspek teknikal sentiasa baik


Rakan-rakan yang menghakimi peraduan pada malam itu


Pemantun KPLI, tampak yakin dengan pantun-pantun yang puitis.


Pasukan PISMP tampil bergaya. Siapa yang menang tak penting, tapi siapa yang paling glamour. Meris serius, Severinus mengawal debaran, Ramzeilla tenang.

Buka panggung...gemalai membuai perasaan. Deklamasi sajak mengiringi irama "sape"


Peserta deklamasi sajak yang berjaya ke peringkat akhir malam itu.


Ronald James dengan pidato yang meyakinkan, tapi nasib tidak menyebelahinya. Potensi masih ada jika digilap lagi.


Juara deklamasi sajak, Stella yang tampil dengan gaya tersendiri.


Tuan Timbalan menutup majlis pada malam itu.



Mohd Zahiddin yang mengalunkan syair dengan gaya tersendiri. Memang mengasyikkan

Tuesday, July 7, 2009

TETAMU KECIL

Kejutan pagi ini. Kunjungan dari murid SK Kerupang Labuan ke Kampus Keningau. Empat murid ditempatkan di JPM menemubual saya. Melihat kepada murid-murid ini, lega pula fikiran dan lapang dada setelah keletihan menyiapkan kerja-kerja sejak pagi tadi
Setelah menemubual dan meramah mesra, saya mengambil kesempatan merakamkan potret bersama-sama murid ini. Sempat bertanya nama...tapi lupa pula.

Terubat jugalah hati ni setelah terluka kelmarin dengan insan teristimewa. Budak-budak ni ceria sepanjang berada di bilik JPM. Sempatlah bagi sedikit buah tangan untuk jadi kenang-kenangan

Aksi terakhir di pejabat JPM. Seronok berbual-bual dengan pelajar ni. Walaupun sebentar tapi sempatlah berkongsi pengalaman dengan tetamu kecil ni.

Saturday, July 4, 2009

JAMUAN PENUTUPAN KISSM: KDPM-PA DAN JQAF

Ucapan penghulu kumpulan...ringkas sahaja. Lagi bagus tu, yang penting amanat pengarah lebih panjang lepas ini.

Teruja dengan menu ni. Mujurlah tiada kari-kari daging atau ayam yang meningkatkan lagi kolesterol. Yang terhidang semua menepati cita rasa, alamat tertunda lagi diet ni.

Nasib menyebelahi saya, duduk semeja dengan kawan yang memang sedang mengawal makan atas sebab-sebab kesihatan

Antara amanat pengarah pada majlis tersebut "tanpa mengira latar belakang bangsa, tempat dan agama...berkhidmatlah dengan penuh dedikasi, ikhlas dan penuh tanggungjawab"

Kenyang!. sambil didendangkan dengan irama nasyid oleh para pelajar pada malam itu.

Melodi "Tinggi-Tinggi Gunung Kinabalu" dan lirik ciptaan sendiri menjadi persembahan yang menarik dan mencuit hati. Kreatif juga pelajar KDPM-PA ni.

Jangan lupa lirik....

Penyampaian cenderamata kepada Pengarah pada hujung majlis.

Terima kasih daun keladi. Penyampaian sijil kepada pelajar oleh Timbalan Pengarah.