About Me

My photo
Keningau, SABAH, Malaysia
Pelaksana dan pembimbing kursus Bahasa Melayu PISMP.

Friday, April 17, 2009

UNIKNYA BUNGA KU, PRAKTIKUM DAN MESYUARAT

Menghadiri kursus dua hari di KL. Kursus secara mengejut yang memaksa saya meninggalkan penyeliaan di SK Pekan. Kursus ini juga penting namun inilah hakikatnya. Perancangan awal sering berubah apabila bertembung dengan aktiviti yang juga penting.
Saya lewat 10 minit menyelia Fawwaz. Kebetulan guru pembimbing turut menyelia untuk kali kedua. Banyak maklumat yang saya peroleh daripada guru pembimbing tentang Fawwaz.

Fawwaz lebih yakin dan bersahaja semasa mengajar di kelas. Pengalamannya yang selalu membuat persembahan di pentas banyak membantu menghilangkan rasa gugup semasa berhadapan dengan murid.

Saya tertarik dengan teknik yang digunakan oleh Fawwaz dalam mengawal disiplin kelas ini. Saya minta Rizal dan Megat mencontohi teknik tersebut. Saya nampak ada keberkesanannya.

Rizal sentiasa menampilkan citra guru yang boleh dicontohi. Kemas dan sentiasa menarik perhatian murid.

Sesi PP Rizal yang sempat saya selia. Gambar terlalu kecil, dan tak sesuai untuk kelas yang sebesar itu. Rizal beruntung kerana mendapat kelas yang baik, murid yang sentiasa aktif dan mudah memberi kerjasama. Sesekali kelihatan Rizal agak gugup semasa di hadapan. Penguasaan ilmu bahasa Melayu perlu dimantapkan lagi.

Megat semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Kekuatan Megat ialah mudah mesra dan sentiasa memantau aktiviti murid.
Murid ni malu-malu bila saya ambil gambar. Kelas ini boleh dikategorikan sangat baik dan mudah memberi kerjasama. Untung Megat dapat kelas ini.

Sebahagian daripada murid Megat. Sempat beraksi sambil membuat aktiviti.

Sekian lama bunga ini menghiasi pintu rumah ku mekar berkembang, baru aku sedari ada keunikan tersembunyi yang membawa falsafah hidup bermasyarakat. Aku rakamkan untuk tontonan bersama. Cubalah teka apa yang aku maksudkan?