About Me

My photo
Keningau, SABAH, Malaysia
Pelaksana dan pembimbing kursus Bahasa Melayu PISMP.

Saturday, March 28, 2009

AUDIT IP RAJANG DAN PELAJARKU

Bergambar di salah satu sudut menarik di kampus IPG Rajang. Laluan berbumbung itu menghubungkan bangunan pentadbiran dengan kafetaria. Jambatan ini juga melalui tasik buatan yang menjadi salah satu daya tarikan di sini. IPG ini pernah memenangi pertandingan landskap tercantik peringkat negeri Sarawak. Memang patutpun
Sangat kagum dengan kemudahan tempat jamuan yang disediakan di kafetaria kampus ini. Tempat ini dibina khas untuk kemudahan pelajar dan pensyarah mengadakan jamuan atau majlis di kampus. Memang setaraf dengan hotel.


Laluan di hadapan pejabat pentadbiran. Bersih, ceria, cantik dan sarat dengan maklumat.

Hampir semua tandas yang saya masuk di kampus ni sangat bersih dan ceria. Tiada pun peralatan seperti pam atau paip yang rosak. Bila agaknya kampus Keningau mampu mewujudkan tandas yang seumpama ini.

Wong, Basri dan Hairun. Ketiga-tiganya mantan pelajar KPLI (Pemulihan Khas), sempat juga singgah di JPM sebaik-baik sahaja selesai mengambil Dip. Pendidikan dari Unit Peperiksaan. Entah bila pula dapat jumpa korang ni. Apa-apa pun selamat berjaya dan meneruskan kecemerlangan.

Hairun mantan pelajar KPLI (Pemulihan Khas). Singgah di JPM berjumpa KJ JPM. Ingat juga korang kepada tok guru ni ya.
Meris pelajar PISMP (BM) semester 1 dari Betong Sarawak.

Tuesday, March 17, 2009

CUTI YANG TAK CUTI

Tutor kepada guru-guru KDP yang mengikuti kursus semasa cuti. Cabaran paling besar mengajar guru-guru dewasa ini. Tapi seronok sebab masing-masing suka buat lawak dan banyak idea yang dapat diutarakan berdasarkan pengalaman di sekolah.
Menaiki bas dari IPG ke pekan Keningau. Satu pengalaman yang jarang-jarang dinikmati. Maklumkan selama ini sentiasa membesar dalam kereta. Tanpa melepaskan peluang beberapa rakaman menarik sempat diabadikan untuk koleksi blog.

Memang tidak selesa menaiki bas mini , tapi sesekali mengalami ketidakselesaan ini membuatkan saya insaf betapa keadaan ini sudah menjadi kebiasaan kepada para pelatih atau mereka yang sentiasa menggunakan perkhidmatan bas mini.

Ada juga amaran seumpama ini di dalam bas mini. Terfikir juga saya, pernahkan amaran tersebut dikuatkuasakan sehingga ada yang didenda atas kesalahan itu.

Sapalah empunya wajah yang iras-iras pelatih yang aku kenal ni. Kalau berdasarkan saiz badan memang tidak syak lagiiiii.

Singgah di gerai buah di pasar malam. Gerai buah ni kira macam gerai tetap aku kalau beli buah kat pasar malam. Terfikir pulak aku nak merakamkan gambar lepas beli buah.

Friday, March 13, 2009

DARI TEMU DUGA KE PROMOSI PROFESION KEGURUAN

Minggu ini merupakan minggu terakhir sebelum cuti pertengahan semester bermula. Peristiwa penting yang dapat saya kongsikan di blog ini selain menyaksikan berita keputusan STPM dan SPM di media-media tempatan ialah tuntutan kerja di luar pejabat. Tugas rasmi yang diarahkan oleh Pengarah membantu pihak JPN di Kota Kinabalu.

Kerjaya guru tidak pernah ketandusan calon, baik yang memohon untuk KPLI atau GSTT. Menemuduga calon GSTT untuk sekolah-sekolah menengah di seluruh Sabah menuntut kesabaran, ketahanan fizikal dan mental. Dua hari melalui proses tersebut memang amat memenatkan, walau bagaimanapun inilah satu tanggungjawab besar yang perlu dilunaskan dan rasa amat dihargai kerana dapat membantu JPN dan sekolah.

Balik ke IPG, bersedia pula dengan program yang bertujuan mempromosikan kerjaya guru kepada pelajar sekolah dan mereka yang berminat khususnya dalam kalangan warga Pedalaman. Sambutan tetap luar biasa dan sehingga ada yang tidak berpeluang masuk ke dalam dewan semasa sesi taklimat disampaikan oleh pihak BPG.

Promosi yang julung-julung kali diadakan dan memang amat bermanfaat kepada warga Pedalaman. Namun terfikir juga saya dan beberapa rakan, perlukan kita membuat promosi seumpama ini, walhal kita tidak pernah ketandusan calon, malah sentiasa menhadapi kesukaran kerana calon lebih ramai daripada tempat yang disediakan di IPG. Pendaftaran secara talian terus melalui internet juga tidak dapat dilakukan kerana masalah kesesakan dalam laman kementerian.

Pandangan dari bilik hotel...memang cantik. Bilik ini memang menjadi kegemaran saya kalau menginap di hotel ini.

Sepanduk di luar dewan yang menyambut kehadiran para pelajar dan para ibu bapa

Sebahagian pelatih IPGM Kampus Keningau yang hadir membantu pensyarah melayan para pelajar dan hadirin yang berada di dewan.

Sebahagian daripada pelajar sekolah yang menghadiri taklimat BPG. Kerjaya guru memang paling diminati. Tapi kekosongan amat terhad. Hanya yang benar-benar layak dan memiliki kualiti tertentu sahaja yang akan terpilih memasuki IPGM.

Wakil sekolah menerima sijil penyertaan. Perlukah??...pelikkan!

Friday, March 6, 2009

Segak berbaju Melayu pada hari Jumaat. Mudah-mudahan usaha saya menggalakkan pelajar opsyen BM PISMP semester 1 ini berhasil. Kali pertama, tidak semua dapat mematuhi arahan saya, tapi kali kedua ini nampaknya semakin berhasil. Cuma masih ada yang kekok memakai songkok. TAHNIAH untuk semua pelajar lelaki!!!!!.

Barulah saya perasan saya rendah sangat berbanding pelajar-pelajar ini