About Me

My photo
Keningau, SABAH, Malaysia
Pelaksana dan pembimbing kursus Bahasa Melayu PISMP.

Thursday, April 30, 2009

LAWATAN SAMBIL BELAJAR: SK BUKIT PADANG, JPN DAN SK LIKAS

Penyampaian cenderamata kepada guru besar SK Likas, Puan Marianah. Terima kasih SK Likas. Layanan serta kerjasama amat kami hargai.
Sebahagian daripada bahan bantu yang dihasilkan sendiri oleh Cikgu Khasnan. Bahan ini digantung cantik dan memudahkan murid menggunakannya.
Kreatif. Bangku mini yang digunakan di kelas pemulihan khas cikgu Khasnan. Idea ini timbul ekoran daripada kelas pemulihan beliau yang kecil, sementara itu bilangan murid pula mencapai angka 20 hingga 23 orang. Kos sebuah bangku mini ini dalam anggaran RM35 sahaja.

Encik Khasnan menunjukkan bahan yang digunakan oleh beliau semasa mengajar program pemulihan.
Hari kedua meneruskan lawatan di SK Likas. Bergambar bersama dengan Encik Khasnan, Jurulatih Kebangsaan program Pemulihan Khas. Amat bertuah mendapat input yang terkini mengenai perisian IQ RUM yang dibangunkan oleh beliau.
Menamatkan lawatan pada hari pertama di JPN. Sambil menunggu bas kami berehat di ruang legar bangunan KWSP.

Encik Kassim bin Buntak, pegawai yang bertanggungjawab tentang hal ehwal program Pemulihan Khas di Sabah. Banyak input yang dikongsi beliau dengan kami tentang perkembangan program pemulihan di Sabah.

Encik Agus Yanul menyampaikan cenderamata kepada Cik Rohana, seorang pegawai di Unit Pemulihan Khas.
Sesi taklimat di Unit Pemulihan Khas, Jabatan Pelajaran Negeri Sabah.
Murid disleksia semasa sesi pengajaran. Dua orang murid ini diajar oleh seorang guru. Encik Agus sempat menguji kefahaman murid ini dengan meminta mereka mengeja dan memadankan gambar.

Sesi penbelajaran pengurusan diri di kelas. Latihan yang didedahkan kepada murid ialah cara-cara melipat kain. Selain itu, pelajar juga dilatih memasang butang baju, menyarung bantal dan mengemas tempat tidur.

Adik Siti Khadijah yang mengalami Sindrom Down bersama pelajar PISMP (Pemulihan Khas). Adik Siti memang tidak kekok bergambar bersama-sama kami dan sentiasa bersalaman berulang kali.

Bilik Pemulihan Khas di SK Bukit Padang. Kondusif dan mampu merangsang pembelajaran yang lebih berkesan

Sri...pengerusi program menyampaikan ucapan balas sebaik-baik sahaja selesai sesi taklimat di SK Bukit Padang.

Bersama guru besar SK Bukit Padang, Puan Hajah Mariam binti Haji Mohd Yusof. Layanan serta komitmen guru besar dan warga SK Bukit Padang memang menjadi kenangan manis kami. Beliau sentiasa bersama kami di setiap lokasi lawatan dan melayan semua pertanyaan kami. Terima kasih!!.

Salah satu kaedah pengajaran di kelas masalah pembelajaran. Seorang murid diajar dan dibimbing oleh seorang guru. Penggunaan TMK amat ditekankan bagi memudahkan lagi pengajaran.

Sebahagian daripada murid-murid SK Bukit Padang yang merupakan murid bermasalah pembelajaran. Mereka seronok beraksi untuk kenangan kami.

Sesi pembelajaran di bilik darjah murid-murid yang mengalami masalah pembelajaran: pandangan fizikal nampaknya normal seperti murid lain di sekolah biasa.

29 April 2009: Hari pertama di SK Bukit Padang mendengar taklimat oleh guru pendidikan khas

Tuesday, April 28, 2009

SARNGAN 2: BULAN BAHASA DAN SASTERA

Keupayaan Ronald tidak boleh dipandang rendah. Inikah calon juara anda?. Penyampaian pidato yang bersahaja, bernas dan menarik menjadi senjata ampuh saudara Ronald. Semoga berjaya.
Kevin Ron Chin, YDP terbaharu. Salah seorang peserta pidato yang akan memberi cabaran pada malam kemuncak nanti.

Wakil tunggal KPLI yang akan mempertaruhkan nasib dalam acara mendeklamasikan sajak. Saingan dari adik-adik junior anda pasti sengit.

Dayangku akan memberi cabaran sengit dalam acara pidato. Menepati ramalan, saudari Dayang akan mara ke peringkat akhir. Tahniah!


Para pemantun dari KPLI Pemulihan khas. Nampaknya nasib tidak menyebelahi pasukan ini. Tewas di tangan pasukan KPLI Matematik. Walau bagaimanapun... tahniah kerana penglibatan serta kominten anda semua.

Salah satu pasukan pantun yang akan berentap pada peringkat akhir. Pasukan dari kelas KPLI Matematik. Tahniah dan semoga berhasil nanti.

Sebahagian daripada penonton yang memberikan sokongan kepada pasukan pilihan
Juri bertauliah yang memang pakar dalam bidang komunikasi... ya kah? Macam tak puas hatilah dengan peserta ni.

Thursday, April 23, 2009

WAJAH-WAJAH PESERTA PERINGKAT SARINGAN BULAN BAHASA DAN SASTERA

Pengerusi pantun dan penjaga masa. Tampak lebih ayu dan sopan dengan busana yang menarik. Terima kasih kepada Siti Nurhidayah dan Izatul.
Kumpulan pemantun ke dua dari kelas BM. Kekuatan agak seimbang dan jelas memberi saingan sengit kepada kumpulan lain.

Para pemantun dari kelas BM. Pakaian yang seragam menyerlahkan lagi imej kumpulan ini.

Gandingan pemantun dari kelas Sains. Ketiga-tiganya memiliki kekuatan yang seimbang.

Salah seorang peserta yang telah memberi saingan sengit. Jelas ada kominten yang tinggi dalam menjalankan tanggungjawab yang diberi.

Salah seorang peserta yang mengikuti pertandingan deklamasi sajak. Lain kali jangan rujuk teks ya. Penghayatan akan terganggu.

Friday, April 17, 2009

UNIKNYA BUNGA KU, PRAKTIKUM DAN MESYUARAT

Menghadiri kursus dua hari di KL. Kursus secara mengejut yang memaksa saya meninggalkan penyeliaan di SK Pekan. Kursus ini juga penting namun inilah hakikatnya. Perancangan awal sering berubah apabila bertembung dengan aktiviti yang juga penting.
Saya lewat 10 minit menyelia Fawwaz. Kebetulan guru pembimbing turut menyelia untuk kali kedua. Banyak maklumat yang saya peroleh daripada guru pembimbing tentang Fawwaz.

Fawwaz lebih yakin dan bersahaja semasa mengajar di kelas. Pengalamannya yang selalu membuat persembahan di pentas banyak membantu menghilangkan rasa gugup semasa berhadapan dengan murid.

Saya tertarik dengan teknik yang digunakan oleh Fawwaz dalam mengawal disiplin kelas ini. Saya minta Rizal dan Megat mencontohi teknik tersebut. Saya nampak ada keberkesanannya.

Rizal sentiasa menampilkan citra guru yang boleh dicontohi. Kemas dan sentiasa menarik perhatian murid.

Sesi PP Rizal yang sempat saya selia. Gambar terlalu kecil, dan tak sesuai untuk kelas yang sebesar itu. Rizal beruntung kerana mendapat kelas yang baik, murid yang sentiasa aktif dan mudah memberi kerjasama. Sesekali kelihatan Rizal agak gugup semasa di hadapan. Penguasaan ilmu bahasa Melayu perlu dimantapkan lagi.

Megat semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Kekuatan Megat ialah mudah mesra dan sentiasa memantau aktiviti murid.
Murid ni malu-malu bila saya ambil gambar. Kelas ini boleh dikategorikan sangat baik dan mudah memberi kerjasama. Untung Megat dapat kelas ini.

Sebahagian daripada murid Megat. Sempat beraksi sambil membuat aktiviti.

Sekian lama bunga ini menghiasi pintu rumah ku mekar berkembang, baru aku sedari ada keunikan tersembunyi yang membawa falsafah hidup bermasyarakat. Aku rakamkan untuk tontonan bersama. Cubalah teka apa yang aku maksudkan?

Friday, April 10, 2009

MINGGU YANG MELETIHKAN: MESYUARAT,MESYUARAT DAN MESYUARAT

Sebahagian daripada rombongan pensyarah IPGM Kampus Pulau Pinang yang mengadakan lawatan kajian KIA2M di Pensiangan-Salinatan. Sebelum balik ke Kota Kinabalu, rombongan ini sempat singgah di IPGM Kampus Keningau. Walaupun sebentar namun keakraban amat terasa dan kunjungan keumpama ini memberi peluang untuk bertukar-tukar fikiran.
Menerima cenderamata daripada Tuan Haji Yusof bin Said, Ketua Jabatan Pengajian Melayu IPGM Kampus Pulau Pinang.

Menerima cenderamata daripada wakil rombongan pensyarah JPM dari IPGM Kampus Pulau Pinang.
Buat pertama kali, Lau memakai baju Melayu lengkap. Pada mulanya agak liat memakai baju Melayu. Syabas!... Jangan hangat-hangat tahi ayam.

Tanpa mengira bangsa dan agama, pelajar ini wajar menjadi contoh yang lain. Tiada hari Jumaat tanpa berbaju Melayu. Lengkap dengan songkok yang dibeli sendiri

Dah dua minggu berturut-turut pelatih ini berkunjung ke pejabat. Kali ini tampak lebih ceria dengan baju yang istimewa. Cantik!!!

Salah satu foto kegemaran aku. Wajah-wajah ceria yang spontan dan paling ikhlas. Bersesuaian dengan hari Jumaat yang mulia, semua pelatih PISMP (BM) semester 1 nampak tampan berbaju Melayu. Meskipun pada pagi berkenaan saya tak sempat masuk kelas tapi semuanya berbaju Melayu. Syabas....teruskan amalan ini.