About Me

My photo
Keningau, SABAH, Malaysia
Pelaksana dan pembimbing kursus Bahasa Melayu PISMP.

Thursday, April 30, 2009

LAWATAN SAMBIL BELAJAR: SK BUKIT PADANG, JPN DAN SK LIKAS

Penyampaian cenderamata kepada guru besar SK Likas, Puan Marianah. Terima kasih SK Likas. Layanan serta kerjasama amat kami hargai.
Sebahagian daripada bahan bantu yang dihasilkan sendiri oleh Cikgu Khasnan. Bahan ini digantung cantik dan memudahkan murid menggunakannya.
Kreatif. Bangku mini yang digunakan di kelas pemulihan khas cikgu Khasnan. Idea ini timbul ekoran daripada kelas pemulihan beliau yang kecil, sementara itu bilangan murid pula mencapai angka 20 hingga 23 orang. Kos sebuah bangku mini ini dalam anggaran RM35 sahaja.

Encik Khasnan menunjukkan bahan yang digunakan oleh beliau semasa mengajar program pemulihan.
Hari kedua meneruskan lawatan di SK Likas. Bergambar bersama dengan Encik Khasnan, Jurulatih Kebangsaan program Pemulihan Khas. Amat bertuah mendapat input yang terkini mengenai perisian IQ RUM yang dibangunkan oleh beliau.
Menamatkan lawatan pada hari pertama di JPN. Sambil menunggu bas kami berehat di ruang legar bangunan KWSP.

Encik Kassim bin Buntak, pegawai yang bertanggungjawab tentang hal ehwal program Pemulihan Khas di Sabah. Banyak input yang dikongsi beliau dengan kami tentang perkembangan program pemulihan di Sabah.

Encik Agus Yanul menyampaikan cenderamata kepada Cik Rohana, seorang pegawai di Unit Pemulihan Khas.
Sesi taklimat di Unit Pemulihan Khas, Jabatan Pelajaran Negeri Sabah.
Murid disleksia semasa sesi pengajaran. Dua orang murid ini diajar oleh seorang guru. Encik Agus sempat menguji kefahaman murid ini dengan meminta mereka mengeja dan memadankan gambar.

Sesi penbelajaran pengurusan diri di kelas. Latihan yang didedahkan kepada murid ialah cara-cara melipat kain. Selain itu, pelajar juga dilatih memasang butang baju, menyarung bantal dan mengemas tempat tidur.

Adik Siti Khadijah yang mengalami Sindrom Down bersama pelajar PISMP (Pemulihan Khas). Adik Siti memang tidak kekok bergambar bersama-sama kami dan sentiasa bersalaman berulang kali.

Bilik Pemulihan Khas di SK Bukit Padang. Kondusif dan mampu merangsang pembelajaran yang lebih berkesan

Sri...pengerusi program menyampaikan ucapan balas sebaik-baik sahaja selesai sesi taklimat di SK Bukit Padang.

Bersama guru besar SK Bukit Padang, Puan Hajah Mariam binti Haji Mohd Yusof. Layanan serta komitmen guru besar dan warga SK Bukit Padang memang menjadi kenangan manis kami. Beliau sentiasa bersama kami di setiap lokasi lawatan dan melayan semua pertanyaan kami. Terima kasih!!.

Salah satu kaedah pengajaran di kelas masalah pembelajaran. Seorang murid diajar dan dibimbing oleh seorang guru. Penggunaan TMK amat ditekankan bagi memudahkan lagi pengajaran.

Sebahagian daripada murid-murid SK Bukit Padang yang merupakan murid bermasalah pembelajaran. Mereka seronok beraksi untuk kenangan kami.

Sesi pembelajaran di bilik darjah murid-murid yang mengalami masalah pembelajaran: pandangan fizikal nampaknya normal seperti murid lain di sekolah biasa.

29 April 2009: Hari pertama di SK Bukit Padang mendengar taklimat oleh guru pendidikan khas