About Me

My photo
Keningau, SABAH, Malaysia
Pelaksana dan pembimbing kursus Bahasa Melayu PISMP.

Friday, January 2, 2009

2 HARI SEBELUM BERTUGAS

Semangat baru untuk kembali bertugas


Pagi ini sempat berbasikal dan jogging di sekitar masjid. Suasana pagi yang dingin dan agak sunyi daripada deruan kenderaan memang memudahkan aktiviti saya. Semalam jarum timbangan menunjukkan berat saya 62 kg, berat ideal la tu. Tapi kalau boleh nak kurangkan menjadi 60 kg, biar lebih slim dan sihat.


Lusa akan bermula secara rasmi tugas-tugas di pejabat, walau bagaimanapun pagi ni memang dah merancang menjenguk pejabat untuk membuat persiapan yang patut. Pasti banyak yang boleh saya lakukan agar tiada tunggakan kerja pada hari Isnin nanti.


Cuti panjang membuatkan saya semakin lalai dan masih terbuai dengan sikap malas. Selalunya macam itulah, ada kerja-kerja pejabat yang saya longgokkan di rumah semasa cuti belum disentuh lagi... aduhhhh!. Harap-harap di pejabat kejap lagi dapat mood untuk bekerja nanti.






Pelatih ni kalau bab masak memang sedap. Saya pasti makan banyak malam tu, mereka dah tahu selera saya. Malam tu juga diet tertangguh


Lepas makan, semua kenyang... tu yang senyum meleret. Sapirin dan Winston...saya rasa lebih remaja daripada korang la

Imbasan Bersama KPLI Pemulihan Khas Amb 2008

Jamuan bersama selepas menduduki peperiksaan akhir. Banyak juga kenangan manis dengan pelatih ni, yang pahit macam tak de lah

Salah satu sajian yang dihidangkan kepada kami. Saya tak dapat menikmati sajian ini walaupun dikatakan paling digemari di Korea. Lidah saya dah biasa dengan sambal, lada dan kuah-kuah yang berperisa tom yam. Balik Malaysia berat saya turun dua kilo.



Salah satu lokasi yang wajib dikunjungi di Korea ialah Pulau Nami. Lokasi ini merupakan lokasi pengambaran drama Winter Sonata yang telah menjadi fenomena di beberapa negara Asia termasuk Malaysia. Tempat ini memang cantik dan pelbagai imej berkaitan hero dan heroin drama tersebut diabadikan di lokasi ini. Tapi sehingga kini saya belum lagi berkesempatan menonton drama hebat itu.

Bersiar-siar di sekitar istana lama di tengah-tengah bandaraya Seoul. Aksi ceria ini mengungkapkan pelbagai cerita yang mencuit hati sepanjang perjalanan ini


Salah satu gambar yang paling saya suka. Berlatarbelakangkan restoran yang bercirikan seni bina tradisi. Restoran yang menyediakan makanan halal ini juga terletak agak jauh terpencil

Beraksi dengan busana tradisional Korea. Ala-ala baju pengantin lah ni
Aksi amatur pemain ski. Bermain ski tidaklah sesusah yang disangkakan. Melalui tunjuk ajar dalam tempoh 30 minit, saya sudah mampu mengendalikan peralatan dengan baik dan meluncur tanpa masalah.

Bermalam di salah sebuah resort ski di Seoul. Berlatarbelakangkan kawasan berbukit yang diseliputi salji. Pemandangan yang amat mengasyikkan, tetapi suhu yang teramat sejuk memaksa kami untuk segera masuk ke bilik.

Korea: Memahat Kenangan Akhir 2008


Lapangan Terbang Incheon Seoul bersama teman-teman yang turut dalam rombongan seramai 16 orang.
Musim sejuk pada ketika itu mula dirasai sebaik-baik sahaja berada di lapangan terbang, justeru kami sudah bersedia dengan pakaian tebal sejak berada di pesawat lagi

Aku Firdaus


Aku Firdaus yang gemarkan pengembaraan dan masih ghairah meneroka dunia yang menyimpan pelbagai rahsia alam. Bagi aku perjalanan yang panjang bersama pengalaman adalah guru yang terbaik dalam kita menilai kelebihan dan kekurangan diri. Semakin jauh aku berjalan semakin banyak kekurangan yang aku rasakan dan semakin besar cabaran yang perlu aku tempuh untuk mengangkat diri ini ke tahap yang lebih baik dan terus dihormati kawan dan lawan.

Mengintai 2009 Melalui Blog

Hasrat untuk memiliki Blog sendiri telah terpendam sekian lama dan tirai 2009 menjadi satu titik tolak dan pemulaan dalam merealisasikan harapan itu. Harapan yang menggunung juga agar blog ini dapat merakam peristiwa yang saya lalui sama ada dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai pekerja mahupun sebagai individu yang sukakan pengembaraan.
Mudah-mudahan juga catatan peristiwa dan rakaman lensa yang termuat di blog ini dapat saya kongsikan dengan pembaca di alam siber.

Sekian