
Kejutan pagi ini. Kunjungan dari murid SK Kerupang Labuan ke Kampus Keningau. Empat murid ditempatkan di JPM menemubual saya. Melihat kepada murid-murid ini, lega pula fikiran dan lapang dada setelah keletihan menyiapkan kerja-kerja sejak pagi tadi

Setelah menemubual dan meramah mesra, saya mengambil kesempatan merakamkan potret bersama-sama murid ini. Sempat bertanya nama...tapi lupa pula.

Terubat jugalah hati ni setelah terluka kelmarin dengan insan teristimewa. Budak-budak ni ceria sepanjang berada di bilik JPM. Sempatlah bagi sedikit buah tangan untuk jadi kenang-kenangan

Aksi terakhir di pejabat JPM. Seronok berbual-bual dengan pelajar ni. Walaupun sebentar tapi sempatlah berkongsi pengalaman dengan tetamu kecil ni.
cikgu terluka gara2 siapa?
ReplyDeleteBiarlah dia sahaja yang tahu
ReplyDeleteKedukaan hari ini adalah pengubat senyuman buat hari mendatang, setiap kejadian pasti ada hikmah disebaliknya...
ReplyDelete