About Me

My photo
Keningau, SABAH, Malaysia
Pelaksana dan pembimbing kursus Bahasa Melayu PISMP.

Tuesday, July 21, 2009

KEMUNCAK BULAN BAHASA DAN SASTERA: TERIMA KASIH PELAJAR KU


Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera. Saya ingin mengambil peluang ini untuk menzahirkan kesyukuran kepada Allah swt kerana dengan izin-Nya Penutupan Bulan bahasa dan Sastera telahpun disempurnakan dengan jayanya. Saya dedikasikan terima kasih dan penghargaan yang setinggi-tingginya kepada semua warga kerja khususnya para pelatih yang bertungkus lumus tanpa mengenal penat, tanpa merungut dan meminta-minta imbalan sehingga memudahkan kerja-kerja kami di JPM. Tenaga-tenaga muda yang sentiasa ikhlas menghulurkan bantuan seperti Hasifi, Firhan, Chong Oi Lan, Grace, Elvy, Elva, Rayn, dan semua yang tak sempat saya sebut satu persatu...kerjasama kalian pada malam itu merupakan tulang belakang yang sentiasa menyokong saya. Benarlah kata pepatah "jatuh ke laut menjadi pulau, di darat menjadi gunung". kalianlah pulau dan gunung itu. Terima Kasih Daun Keladi.

Bersama Tuan Timbalan Pengarah di barisan hadapan


Firhan dan Rayn, senyuman yang menjanjikan aspek teknikal sentiasa baik


Rakan-rakan yang menghakimi peraduan pada malam itu


Pemantun KPLI, tampak yakin dengan pantun-pantun yang puitis.


Pasukan PISMP tampil bergaya. Siapa yang menang tak penting, tapi siapa yang paling glamour. Meris serius, Severinus mengawal debaran, Ramzeilla tenang.

Buka panggung...gemalai membuai perasaan. Deklamasi sajak mengiringi irama "sape"


Peserta deklamasi sajak yang berjaya ke peringkat akhir malam itu.


Ronald James dengan pidato yang meyakinkan, tapi nasib tidak menyebelahinya. Potensi masih ada jika digilap lagi.


Juara deklamasi sajak, Stella yang tampil dengan gaya tersendiri.


Tuan Timbalan menutup majlis pada malam itu.



Mohd Zahiddin yang mengalunkan syair dengan gaya tersendiri. Memang mengasyikkan

1 comment:

  1. kenangan majlis yang tetap terpahat dihati.
    pengalaman bertanding bersama kpli matematik satu pengalaman yang sukar dilupakan.
    segan pula adik lawan dengan abang. nasib bila tengok muka abang syed, hilang rasa gemuruh sikit, sebab dia tenang dan ekpresi muka gembira jew.. apa-apa pun, tahiniah diucapkan.

    ReplyDelete