About Me

My photo
Keningau, SABAH, Malaysia
Pelaksana dan pembimbing kursus Bahasa Melayu PISMP.

Friday, March 13, 2009

DARI TEMU DUGA KE PROMOSI PROFESION KEGURUAN

Minggu ini merupakan minggu terakhir sebelum cuti pertengahan semester bermula. Peristiwa penting yang dapat saya kongsikan di blog ini selain menyaksikan berita keputusan STPM dan SPM di media-media tempatan ialah tuntutan kerja di luar pejabat. Tugas rasmi yang diarahkan oleh Pengarah membantu pihak JPN di Kota Kinabalu.

Kerjaya guru tidak pernah ketandusan calon, baik yang memohon untuk KPLI atau GSTT. Menemuduga calon GSTT untuk sekolah-sekolah menengah di seluruh Sabah menuntut kesabaran, ketahanan fizikal dan mental. Dua hari melalui proses tersebut memang amat memenatkan, walau bagaimanapun inilah satu tanggungjawab besar yang perlu dilunaskan dan rasa amat dihargai kerana dapat membantu JPN dan sekolah.

Balik ke IPG, bersedia pula dengan program yang bertujuan mempromosikan kerjaya guru kepada pelajar sekolah dan mereka yang berminat khususnya dalam kalangan warga Pedalaman. Sambutan tetap luar biasa dan sehingga ada yang tidak berpeluang masuk ke dalam dewan semasa sesi taklimat disampaikan oleh pihak BPG.

Promosi yang julung-julung kali diadakan dan memang amat bermanfaat kepada warga Pedalaman. Namun terfikir juga saya dan beberapa rakan, perlukan kita membuat promosi seumpama ini, walhal kita tidak pernah ketandusan calon, malah sentiasa menhadapi kesukaran kerana calon lebih ramai daripada tempat yang disediakan di IPG. Pendaftaran secara talian terus melalui internet juga tidak dapat dilakukan kerana masalah kesesakan dalam laman kementerian.

Pandangan dari bilik hotel...memang cantik. Bilik ini memang menjadi kegemaran saya kalau menginap di hotel ini.

Sepanduk di luar dewan yang menyambut kehadiran para pelajar dan para ibu bapa

Sebahagian pelatih IPGM Kampus Keningau yang hadir membantu pensyarah melayan para pelajar dan hadirin yang berada di dewan.

Sebahagian daripada pelajar sekolah yang menghadiri taklimat BPG. Kerjaya guru memang paling diminati. Tapi kekosongan amat terhad. Hanya yang benar-benar layak dan memiliki kualiti tertentu sahaja yang akan terpilih memasuki IPGM.

Wakil sekolah menerima sijil penyertaan. Perlukah??...pelikkan!

2 comments:

  1. cg, pemandangan d ruby inn jer keeee????

    ReplyDelete
  2. kenapa permandangan restoran kampung iar jew??? permandangan sekitar kampuang air mana?? wah ramai pula rupanya yang hadir ke taklimat perguruan tue kan..

    ReplyDelete