About Me

My photo
Keningau, SABAH, Malaysia
Pelaksana dan pembimbing kursus Bahasa Melayu PISMP.

Friday, May 8, 2009

SESAK YANG MENYESAKKAN


Baru-baru ini saya menghadiri mesyuarat di BPG Putrajaya. Memandangkan mesyuarat hanya sehari sahaja, saya memutuskan untuk menumpang di rumah kawan di Seri Petaling. Saya pergi dan balik menggunakan perkhidmatan teksi dan LRT. Rasanya itulah perkhidmatan yang terbaik dan memudahkan perjalanan ke tempat mesyuarat. Melalui pengalaman di stesen LRT membawa sedikit kesedaran betapa beruntungnya saya duduk di Keningau...Pedalaman yang ada ketikanya memiliki beberapa kelebihan.

Pandangan yang menarik perhatian untuk dirakamkan. Bayangkan setiap hari anda mengalami pengalaman seumpama ini. Aduhhhh!!!! bertuahlah duduk di Keningau.

Sementara menunggu rakan menjemput saya sempat juga merakamkan suasana di stesen LRT. Semakin pening kepala menyaksikan keriuhan, kesesakan di hadapan mata. Suasana yang jarang-jarang saya temui di Keningau.

4 comments:

  1. ha itu lah kota metropolitan yang menyaksikan ramai orang mendapat penyakit stress dan hilang pedoman hidup... saya setuju dengan pendapat sir tentang Keningau jika di bandingkan dengan Kuala Lumpur...Di sini Semuanya ada, tenang, udara segar, dan yang paling bagus sini saya belajar banyak perkara tentang hidup yang sebelum ni tak pernah saya dapat di semenanjung....but sikit tertekan pasal isu air, elektrik dan bahaya semasa memandu...di sini.. hampir 3 kali dah nak kemalangan sebab orang sini memandu dengan MERBAHAYA...+ lori balak yang besar2.... but anyway bagi mereka yang sukakan ketenangan dan kehijauan serta kedamaian...keningau adalah destinasi yang sesuai.........

    ReplyDelete
  2. lupa, satu lagi yang menarik tentang keningau ni kan ada rumah Artis yang Besar dengan anak manja dia "Shiro"... amboi..amboi..amboi...rumah macam istana dah.... lokasi memang strategik untuk golongan high class.......red carpet lagi....

    ReplyDelete
  3. kepala pecah...

    dimana tu rumah artis - "shiro"?
    tidak pernah dengar pun...

    ReplyDelete
  4. cikgu saya pun suka d keningau tp tak de tempat tuk cari j*****

    ReplyDelete