About Me

My photo
Keningau, SABAH, Malaysia
Pelaksana dan pembimbing kursus Bahasa Melayu PISMP.

Friday, August 14, 2009

SAMBUTAN JUBLI EMAS IPGM KAMPUS ILMU KHAS: BERKONGSI PENGALAMAN

Peluang keemasan merakamkan kenangan bersama bekan Ratu Trek Negara sekitar tahun 1970-an, Zaiton Othman. Pernah digelar Bionic Woman kerana mempertahankan rekod acara Heptathlon Sukan Sea, selain beberapa acara balapan.

Mengunjugi pejabat Timbalan Pengarah sementara menanti majlis bermula. Ini barulah pejabat lima bintang.

Bersama Puan Darawisah, Timbalan Pengarah IPGM Kampus Ilmu Khas yang lebih senang saya panggil Kak Dara. Layanan memang hebat...terima kasih.

Khemah utama yang mengadap kolam renang

Sebahagian daripada tetamu utama yang hadir. Termasuklah yang ke-3 dari kiri tu...kenal tak?

Pengarah IPGM Kampus Ilmu Khas dan Timbalan KPPM menuju ke khemah utama untuk majlis perasmian
Empat tokoh yang terdiri daripada mantan KJ, Pengetua, dan pelajar yang berjaya dalam karier masing-masing. Datuk Mohkzani dan Puan Hajah Zaiton Othman rupa-rupanya bekas guru hasil keluaran IPG ini.

Teruja...mengikuti pengkisahan tokoh-tokoh yang pernah menjadi warga IPGM Kampus Ilmu Khas

Teknologi antik yang mengisi sudut pameran di Galeri Tan Sri Rafie Mahat

6 comments:

  1. Salam buat Firdaus..kenapa tak bagi tahu nak datang KL..boleh lah berkunjung ke rumah saya...40 minit je dari KL..baru je balik dari taklimat JPS...ada gak jumpa sahabat anda di Hotel Impian, Morib berkursus bawah BPG tapi lupa pulak nak tanya nama dia..sedikit sebanyak tahu gak latar belakang awak..

    ReplyDelete
  2. Kawan dari IPG Keningau gak...kurus pembestarian sampai hari jumaat..kebetulan saya ada taklimat pengawasan upsr di tempat yang sama..dan kebetulan makan semeja so berboraklah tapi borak punya borak nama pun tak tanya...dah masuk bilik baru teringat, kenapa tak tanya nama?..saya pun dah balik dah dua hari je taklimat tu...apa pun sama-sama lah kita menyambut bulan Ramadhan, selamat berpuasa..

    ReplyDelete
  3. Waa bestnya..ni jalan2 ni atas tiket apa..? Duta Keningau ka..? Hmmmm bila la dapat merasa bjalan2 macam ni.. Gambar dgn Kak Dara ada. dgn Mak Dara Jamu tu ada ka..? hehehe

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum wbt.

    Tukarkan 'firdauskgau.blogspot.com' kepada 'firdauskgau.ws' dan jana pendapatan seumur hidup melalui nama kedai (domain name) + lot kedai (web hosting) baru anda.. Hanya $10/month. Untuk keterangan lanjut sila layari :

    www.website.ws/salemy82/firdaus&has

    Yang benar,
    Salemy Amat Shah
    www.tagged.com/su_student_inamie

    ReplyDelete
  5. join kami di
    http://ipgm-bloggers.blogspot.com

    ReplyDelete