Dua minggu berlalu dipenuhi dengan kuliah-kuliah KDC yang membataskan cuti, kini tinggal seminggu sebelum IPG dibuka semula masih dipenuhi dengan tugas-tugas rasmi. Pada masa yang sama konvo Zon Sabah yang berlangsung pada 15-16 Jun terpaksa diketepikan kerana keutamaan tugas di KL pada 15-19 Jun. Seminggu lepas itu, pada 20-24 Jun menghadiri kursus dan penilaian PTK DG48 pula. Nampaknya dua minggu ini tiga tugas diadun menjadi satu.
Bilik 813 Hotel Vistana, segah namanya memang sesuailah dengan DG48 aku ni. Merasalah juga aku menghabiskan cuti kat bilik mewah ni. Mudah sikit aku siapkan tugasan PTK yang separuh-separuh siap tu. Banyak masa dihabiskan dibilik ini. Memang tak merancang untuk shopping apa-apa kali ni. Asyik teringat tugasan yang belum siap.
Menyingkap tirai jendela dari bilik yang sudah menjadi pejabat mini aku. Wah! cantiklah juga, banyak gelagat manusia yang dapat aku perhatikan.
Stesen bas yang tak pernah lengang. seawal pagi jam 5 pagi sudah kelihatan kelibat manusia yang berduyun-duyun menggunakan perkhidmatan awam ini.
Sempat juga aku jumpa budak-budak ni setelah sekian lama tak jumpa. Yang FBI tu, rasa-rasanya dalam 10 tahun kut. Mohd Husin dan Mohd Hasan....adik-adik aku. FBI tu single lagi, sorang tu...bapak budak dah.
Merakamkan kenangan bertiga yang mungkin selepas ini keraplah berjumpa...kalau ada keluangan masa semasa bertugas di KL.
Sambil jumpa adik-adik aku ni, sempat juga minta belikan laptop baharu. Dapatlah satu Lenovo Mini yang memang dah lama rancang nak beli. Ingatkan budak-budak ni nak sponsor....mmmm. Tak juga nampaknya.
cikgu nak jd adik ipar cikgu boleh ka?
ReplyDeletebilalah aku nak rasa DG48 ya...dapat duduk bilik macam tu...nak dapat DG41 pun separuh pitam...apa pun tahniah untuk anda!
ReplyDelete