Cuti Tahun Baharu Cina seminggu terasa lama bagi aku. Tapi sesekali aku fikir, ada ruang untuk aku menyiapkan kerja-kerja pejabat yang perlu dibereskan segera. Tugasan opsyen PISMP, Kertas Kerja Bulan Bahasa dan Sastera, dan banyak lagi yang masih tertangguh. Ada juga student yang dah bercadang datang ke rumah, tidaklah sunyi sangat.
Tetamu yang datang semasa cuti Tahun Baru Cina kat rumah aku. Kebetulan aku baru ambil buah durian dari Tenom seguni, apa lagi....melantaklah budak ni.
Rama-rama yang hinggap di daun salah satu pokok yang menghiasi halaman rumah aku. Cantik dan unik!!!!
Buah tembikai susu yang menghiasi laman di luar pagar rumah aku. Buah pertama aku petik tapi malangnya mentah lagi. Puncanya aku takut orang yang lalu lalang depan rumah mengambilnya. Kali ini aku pastikan buah ni benar-benar dah matang.
Buah tembikai yang sebesar buah ciku ini memang mendapat perhatian aku. Tumbuh meliar di laman dan berbuah secara tiba-tiba. Subur juga tanah kat rumah aku ni
Hai sir...
ReplyDeleteselamat tahun baru cina...
sir macam ada bakat lah tuk jadi petani moden... ^_^
wah memang ada bakat menjadu seorang petani moden..
ReplyDeletetapi lagi menarik selepas tengok budak yang makan durian itu..
memang comel pelatih tu.
nanti bawa ke kelas lah durian itu ya.
asalamualaikum..selamat b'puasa. Aik! jumpa blog Firdaus tadi time layari internet, cari maklumat.Etuza orang Keningau.Hem! sampah banyak oo..malu jg ni. Ok Sir sila jengok etuza di http://www.ezawarna-warnakehidupan.etuza.blogspot.com
ReplyDeleteMybe.. sir pernah lihat saya..
salam..tolong bagi komen.. salam ziarahka..saya bru belajar blog ni..kalau sudi,dah jemput ni..