About Me

My photo
Keningau, SABAH, Malaysia
Pelaksana dan pembimbing kursus Bahasa Melayu PISMP.

Friday, August 14, 2009

SAMBUTAN JUBLI EMAS IPGM KAMPUS ILMU KHAS: BERKONGSI PENGALAMAN

Peluang keemasan merakamkan kenangan bersama bekan Ratu Trek Negara sekitar tahun 1970-an, Zaiton Othman. Pernah digelar Bionic Woman kerana mempertahankan rekod acara Heptathlon Sukan Sea, selain beberapa acara balapan.

Mengunjugi pejabat Timbalan Pengarah sementara menanti majlis bermula. Ini barulah pejabat lima bintang.

Bersama Puan Darawisah, Timbalan Pengarah IPGM Kampus Ilmu Khas yang lebih senang saya panggil Kak Dara. Layanan memang hebat...terima kasih.

Khemah utama yang mengadap kolam renang

Sebahagian daripada tetamu utama yang hadir. Termasuklah yang ke-3 dari kiri tu...kenal tak?

Pengarah IPGM Kampus Ilmu Khas dan Timbalan KPPM menuju ke khemah utama untuk majlis perasmian
Empat tokoh yang terdiri daripada mantan KJ, Pengetua, dan pelajar yang berjaya dalam karier masing-masing. Datuk Mohkzani dan Puan Hajah Zaiton Othman rupa-rupanya bekas guru hasil keluaran IPG ini.

Teruja...mengikuti pengkisahan tokoh-tokoh yang pernah menjadi warga IPGM Kampus Ilmu Khas

Teknologi antik yang mengisi sudut pameran di Galeri Tan Sri Rafie Mahat